Size Guide

Pad Snowdrop® ada berapa saiz dan macam mana cara nak pakai?
Pad Snowdrop datang dalam 7 saiz berbeza. Untuk kegunaan harian, lapik keputihan, boleh gunakan saiz pantyliner Dry Flux Thin yang sangat selesa digunakan sepanjang hari. Saiz Dry Flux pula boleh gunakan sebagai pantyliner dan juga light flow, cuma ia tebal sikit saja berbanding dengan Dry Flux Thin.
Untuk period pula, terdapat saiz Dry Flux Long(Slim) untuk light flow, Light Mist(Regular) untuk light – medium flow, Medium Dew(Maxi) untuk medium – heavy flow, Heavy Stream(Overnight) untuk very heavy flow, serta Maternity untuk kegunaan waktu berpantang.
Cara nak pakai, hanya butangkan saja butang di kedua-dua wing pada crotch panty, butang ni sama saja fungsi dia dengan pelekat pada pad pakai buang, dan hanya perlu tukar pad lepas beberapa jam sama macam pad biasa. Boleh scroll ke bawah untuk gambar.
Macam nak pilih saiz Pad Snowdrop® yang sesuai?
Salah satu cara senang, ukur panjang pad pakai buang atau pad kain jenama lain yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pantyliner dengan panjang yang sama.
Tapi, ukuran pad kain Snowdrop memang lebih panjang dari pad pakai buang biasa di pasaran. Pilih serapan yang sesuai untuk aliran haid yang sesuai lebih penting.
Setiap pad Snowdrop dah dilabelkan dengan nama saiz bagi pad pakai buang biasa mengikut serapan sebagai rujukan. Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz.
Lebar di tengah-tengah(wing) untuk kesemua saiz pad Snowdrop adalah sama, dalam 7.1 cm lebar bila dibutangkan, tapi fungsi 2 butang pada semua saiz pad boleh dilaraskan lebarnya untuk coverage yang lebih lebar di bahagian tengah bagi seluar dalam yang bersaiz besar.
Dry Flux ialah saiz pantyliner dan juga untuk hari-hari terakhir period atau light flow. Kalau nakkan pantyliner yang lebih nipis dan selesa untuk kegunaan harian, boleh cuba saiz Dry Flux Thin.
- Dry Flux Long (Slim) untuk period light flow
- Light Mist (Regular) untuk period light to medium flow
- Medium Dew (Maxi) untuk period heavy flow
Dry flux, Light Mist dengan Medium Dew antara saiz yang paling ramai orang suka. Tiga saiz ni adalah bestselling Snowdrop sejak lebih 11 tahun dulu.
Kalau perlukan coverage yang lebih panjang untuk siang dan perlindungan tambahan untuk semalaman, boleh gunakan Heavy Stream (Overnight) untuk period very heavy flow.
Untuk ibu berpantang pula, boleh gunakan pad Maternity yang tahan antara 5 hingga 7 jam(bergantung pada aliran individu), jadi ibu boleh berehat tanpa perlu tukar pad terlalu kerap.
Ada yang suka gunakan pad Maternity waktu period biasa untuk tidur semalaman kerana tak perlu bangun di tengah malam untuk tukar pad. Rasa selesa sampai pagi.
Semua pad & pantyliner Snowdrop sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, dan pelbagai latar belakang kerjaya yang berbeza, sebab ia senang dipakai dan cuci, jauh lebih selesa dan lebih bersih dan paling penting selamat digunakan. Hanya pastikan pad dicuci bersih, sama saja macam pakaian dalam kita yang lain.
Untuk menyesuaikan penyerapan dan saiz ukuran yang selesa untuk keperluan individu yang berbeza, Snowdrop juga ada keluarkan S-Booster untuk serapan tambahan, boleh dipakai atas pad Snowdrop.
Contohnya kalau anda lebih selesa guna pad yang pendek seperti Light Mist tapi perlukan serapan yang banyak, boleh tambahkan booster di atas pad tadi. Begitu juga dengan saiz pad yang lain.
S-Booster dilengkapi dengan getah pada bahagian belakang untuk disarungkan pada pad. Booster boleh dipakai bersama dengan kesemua saiz pad(kecuali pantyliner) kerana kedudukan getah dah direka elok kedudukan dekat tepi wing pad.
Dengan booster, anda tak perlu tukar pad dengan terlalu kerap. Contohnya selepas 2-4 jam, tanggalkan booster yang penuh dan tukarkan dengan booster yang baru atau boleh terus gunakan pad yang sama tanpa perlu tukar pad yang baru.
Ia direka untuk menyerap darah dengan banyak, meresap perlahan ke lapisan bawah. Jadi walaupun booster penuh dengan darah, pad selalunya kekal bersih dipermukaan dan selesa untuk dipakai semula. Booster paling banyak digunakan oleh wanita yang sibuk bekerja, jadi mereka tak perlu tukar pad dengan kerap.
Cadangan Snowdrop untuk Anda
Untuk saiz yang paling sesuai, saya cadangkan untuk anda cuba saiz yang berbeza untuk dapatkan saiz yang terbaik. Setiap wanita mempunyai aliran haid dan keperluan yang berbeza-beza.
Contohnya dari beberapa customer Snowdrop, ada wanita boleh guna pad Medium Dew waktu period heavy flow dalam lingkungan 3-5 jam, ada juga wanita lain yang gunakan saiz yang sama dari pagi hingga ke petang tanpa bocor. Cuma saya sarankan tukar pad selewat-lewatnya 5 jam sekali untuk menjaga kebersihan bahagian intim, kecuali waktu tidur malam.
Ada sesetengah wanita yang hanya guna pad Light Mist saja untuk aliran yang paling heavy dan pantyliner Dry Flux utk medium flow sampai lah habis period. Aliran period sangat subjektif dan bergantung pada individu.
Jadi anda boleh cuba sendiri saiz-saiz yang ada sehingga anda tahu saiz mana yang paling sesuai.
Saya juga sarankan anda cuba sendiri dan test berapa jam penggunaan yang paling selesa untuk saiz yang berlainan sebelum pad penuh. Untuk pertama kali, saya sangat galakkan untuk cuba 1 keping setiap saiz yang anda rasakan sesuai. Dari sini anda boleh rasa keselesaan dan pilih saiz mana yang paling sesuai dan anda perlukan lebih kalau nak tambah stok pad kemudian. Sesetengah wanita hanya lebih suka 2 atau 3 saiz saja bergantung pada aliran. Jadi anda tak perlu beli semua saiz yang ada.

