Apa yang membezakan Pad Snowdrop® dan pad biasa di pasaran?
Pad Snowdrop direka dan diperbuat dari fabrik-fabrik yang ditempah khas untuk fungsi pad kain moden. Penggunaannya sama saja seperti pad pakai buang, cuma bezanya ia boleh dibasuh dan dipakai semula selagi tidak rosak, biasanya antara 3 hingga 5 tahun.
Fabrik permukaan diperbuat dari fabrik minky yang sangat lembut digabungkan dengan polyamide yang berfungsi menyerap lembapan masuk ke dalam supaya kekal kering di permukaan. Lapisan penyerap pula diperbuat dari fabrik mikrofiber anti-bakteria dengan gabungan polyamide untuk menyerap 4 kali ganda lembapan.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fabrik kalis air Polyurethane Laminate bertaraf medical grade, untuk mengelakkan kebocoran di samping memberi pengudaraan yang baik. Semua fabrik yang digunakan bersifat stain-resistant, ia mudah dicuci tanpa perlu diberus.


Mengapa pad Snowdrop® lebih baik dari pad pakai buang?
Pad Snowdrop diperbuat daripada pelbagai lapisan fabrik yang direka khas untuk menyerap lembapan sebaik pad pakai buang. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan toksik yang merbahaya kepada rahim dan badan jika digunakan untuk masa yang panjang.
Konsepnya sama seperti pakaian dalam juga. Ia juga lebih bersih dan tidak menyebabkan gatal dan ruam apabila digunakan pada jangka masa yang lama. Pad Snowdrop boleh bertahan berjam-jam sama atau lebih baik dari pad pakai buang. Dengan menggunakan pad Snowdrop, anda dapat menjimatkan wang dari membeli pad pakai buang setiap bulan selama bertahun-tahun. Dah tak perlu risau nak fikir stok pad tak cukup setiap bulan.
