Fakta Wanita Wajib Tahu

Secara purata, seorang wanita akan pakai antara 12,000 – 17,000 keping pad/tampon seumur hidup.

Ramai yg tertipu dengan iklan pad pakai buang yg pad ni nampak bersih & suci sbb wangi & putih. Betul tak?

Tapi, anda tahu tak yang pad pakai buang biasa sebenarnya sangat merbahaya?

Tahu tak, sebenarnya yg kita ingat pad pakai buang tu kapas(cotton), tapi sebenarnya bukan?

“Saya stress setiap bulan period tak selesa, gatal & melecet dengan senggugutnya lagi, sampai tak boleh bangun. Dah mcm2 jenama pad saya cuba, tapi tetap gatal & tak selesa. Panadol tu wajib dah amik setiap bulan. Risau sgt, kalau rosak buah pinggang sbb amik selalu. Bila period, suami pun bad mood sbb emosi saya tak stabil. Anak-anak pun takut mak dorang jadi singa asyik nak marah je time period.”

“Doktor diagnose saya ada cyst ovari, dah dekat 6 tahun kawin pun masih tak pregnant. Keluarga suami asyik perli saya mandul tak boleh beranak! Sedih sgt.. Dr nasihatkan saya amalkan pemakanan sihat & berhenti pakai pantyliner hari2 sbb beri kesan pada kesuburan”

Anda ada alami masalah yang sama? Atau ada dengar kenalan, kawan2 atau saudara mara sis yang ada masalah mcm ni? Selalu je dengar kan..? Ramai wanita zaman sekarang alami masalah2 sakit puan kan….


Sebenarnya…Allah tak jadikan badan wanita ni sia-sia… Allah dah cipta badan kita sempurna & lengkap. Kita tak sepatutnya seksa bila datang bulan, dan secara asalnya kalau badan kita sihat & normal, kita mampu mengandung & melahirkan.

Cuma masalah-masalah datang bila ada faktor-faktor luaran yang mengganggu tubuh badan kita dari berfungsi dengan sepatutnya.

FAKTA YANG MENGEJUTKAN, SAKIT UNTUK KITA TERIMA

Pad pakai buang yg kita selama ni pakai sebenarnya diperbuat dari kertas sampah yang dikitar semula & campuran pulpa kayu.

Bukan kapas ye mcm kita sangka. Kertas tu dah diproses, untuk menyerupai kapas & putih supaya kelihatan bersih. Sekarang ni ditambah pulak dengan wangian sintetik. Ya Allah kesiannya rahim kita..

Yelah, mana nak dpt kapas banyak2 untuk dikomersialkan. Kos tinggi, kalau harga mahal pakai buang, orang pun rasa mahal & tak mampu nak beli.

Lebih teruk, kertas yang dibuang tu kilang recycle balik dengan cara proses pelunturan(bleach) warnanya supaya jadi putih balik.

Jadi sebenarnya kita semua tertipu dengan putih bersih & nampak suci tapi sebenarnya tak..Sebab tu lah ramai selalu gatal bila pakai pad tu, bukan darah kita yang kotor.

Eksekutif yang kerja dekat syarikat gergasi pad pakai buang di USA yang bekerja hampir 20 tahun pun dedahkan, bahan recycle mudah nak dapat & dengan cara ni saja boleh murahkan kos nak hasilkan pad pakai buang dgn banyak. Jadi penggunaan bahan recycle ni bukannya benda baru & pelik , tapi digunakan secara meluas dalam industri pad pakai buang..

Dari proses bleaching yang menggunakan Chlorine Gas, terhasil bahan toksik yang dipanggil DIOKSIN. Dan sebab tu juga lah, pernah viral kadang-kadang org gunting pad pakai buang terjumpa ulat, terjumpa kotoran hitam-hitam dan bercendawan dalam lapisan pad pakai buang.

Disebabkan kesedaran dan ketakutan masyarakat di negara-negara maju seperti USA, sesetengah syarikat gergasi pad pakai buang konvensional ini mendakwa telah menggunakan proses ECF, iaitu Elemental Chlorine Free menggunakan Chlorine Dioxide menggantikan Chlorine Gas, yang kononnya tak menghasilkan Dioksin.

Tapi, isunya.. Kajian menunjukkan proses ECF tetap menghasilkan toksik Dioksin dalam kandungan yang sikit.

FAKTA

EPA(US Environmental Agency) melawan keras tentang bahaya DIOKSIN dalam pad pakai buang sbb penggunaan dia sgt meluas, dan kesannya makan bertahun untuk nampak.

FDA(Food & Drug Administration) pula akui yang kandungan Dioksin memang ada dalam pad pakai buang & tampon, tapi katanya terlalu sikit jadi tak beri kesan pada manusia.

Menurut WHO, Dioksin adalah sangat toksik pada manusia dan ia tak akan mengurai atau hilang macam tu saja. Kajian menunjukkan, Dioksin berkumpul di dalam tisu badan manusia bertahun-tahun jika badan terdedah secara berterusan.

✘ DIOKSIN disahkan sebagai agen KANSER( Karsinogen) No 1 dalam tisu badan Manusia.
✘ DIOKSIN mampu menyebabkan KANSER ovari, pundi kencing, payudara dan rahim.
✘ DIOKSIN menyebabkan Penyakit Keradangan Pelvis dan ENDOMETRIOSIS.
✘ DIOKSIN menyebabkan KETAKSUBURAN, HORMON TAK SEIMBANG dan PELBAGAI GANGGUAN HAID.

Boleh cuba google apa kesan DIOXIN pada manusia. DIOXIN tu adalah chemical yang PALING TOKSIK pada manusia. Dioxin ni xenoestrogen, sejenis hormone disruptor. Ia ganggu fungsi hormon dalam badan & jugak DNA manusia. Dioxin ni lah punca wanita dapat cyst ovari, masalah kesuburan, masalah hormon dan byk lg masalah lain.

Bayangkan bahagian intim tu pintu masuk sistem peranakan, rahim kita yang patut kita jaga elok-elok.


Dekat negara mat saleh mcm US, Canada, Australia dan byk lagi negara Europe dah jauh kedepan pasal kesedaran bahaya pad pakai buang & tampon. Dekat sana dah melambak brand Cloth Pad & Menstrual Cup.

Sebab tahun 2012 kat US ada kes model Lauren Wasser yang kena Toxic Shock Syndrome(TSS) dan hilang kedua-dua kaki akibat guna tampon jenama K***X.

TSS boleh bawa maut tau, disebabkan jangkitan bakteria Staphylococcus aureus (staph) dan merebak ke seluruh badan..

https://www.refinery29.com/en-us/2019/10/8478946/lauren-wasser-model-toxic-shock-syndrome-interview

Dr Philip Tierno dekat US pakar dalam microbiology dah berpuluh tahun kaji pasal kesan Toxic Shock Syndrome(TSS) dalam penggunaan pad pakai buang & tampon.

Kata Dr Philip,
“Walaupun sikit kandungan Dioxin dalam pad & tampon, tapi permukaan faraj melekap terus dan dekat, jadi toksik dioxin boleh masuk terus ke rahim dan kemudian darah melalui faraj, toksik Dioxin ni berkumpul dalam badan.”

https://www.jstor.org/stable/4454795?seq=1

Jangkitan bakteria lebih senang jadi sbb darah period kan lembap, bakteria merebak dgn cpt dan terus masuk ke dalam rahim & darah. Wanita pakai pad dari remaja berpuluh-puluh tahun sampai tua. Kesan berkumpul bertahun-tahun kena amik kira.

Jadi, cari lah alternatif untuk jaga bahagian intim & rahim kita.

Antara pilihan yang lebih bersih dan selamat, pastikan pad yang dipakai, jika pad pakai buang material yang terbaik adalah Organic Cotton dan juga Cloth Pad(washable).

Diri kita sangat berharga. Jangan dah sakit, baru nak sedar…

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

“Sejak saya dapat kesedaran tentang bahaya pad pakai buang lebih 11 tahun dulu lagi…saya mula berimpian & misi saya nak lebih ramai lagi wanita kat Malaysia khususnya, supaya sedar & berubah ke period yang lebih bersih, sihat & selamat”

Boleh baca mengenai siapa saya dekat sini