Troli anda kosong!
  • Malay
  • English
Selamat datang, daftar masuk atau daftar akaun.

Jaminan

Snowdrop® memberi jaminan ke atas kualiti kerja dan mutu fabrik yang dijaga dengan betul (mengikut arahan penjagaan) untuk produk selama satu tahun dari tarikh pembelian. Jaminan Snowdrop® meliputi komponen produk kami termasuk butang dan jahitan selama setahun, dan kalis air selama 6 bulan.

 

Untuk membuat tuntutan jaminan, produk hendaklah dihantar oleh pelangaan(kos pulangan perlu ditanggung oleh pelanggan)  kepada kami untuk pemeriksaan produk sama ada ianya kerosakan dari proses pengilangan, kecacatan atau kekurangan mutu fabrik atau disebabkan arahan penjagaan yang tidak diikuti. Selepas mengkaji barang anda dan jika anda layak untuk mendapat penggantian, kami akan menggantikan produk baru dengan saiz yang sama atau jumlah tetapi warna / corak mungkin boleh berbeza dari produk asal(bergantung kepada stok yang ada pada masa itu). Bukti resit pembelian atau nombor inbois  juga diperlukan.

 

Kecuali disebabkan oleh atau kecacatan semasa proses pengilangan, jaminan ini tidak meliputi bocor yang biasa akibat pad atau lampin penuh, berbau atau kesan kegunaan harian.

 

Jaminan adalah tidak sah apabila:

-Arahan menjaga dan mencuci tidak diikuti; sila lihat sini untuk arahan mencuci.

-Produk telah diubahsuai/dijahit semula.

-Anda menggunakan mana-mana agen pencuci di bawah:-

Detergen yang mengandungi bahan tambahan (enzim, pencerah, pemutih, pewarna, cuka dan peluntur)

Pelembut kain contohnya seperti softlan, downy dan sebagainya.


* Kami mempunyai hak untuk menukar penggantian produk kepada jenis/model yang lain dari semasa ke semasa tetapi ia mestilah sama dengan amaun yang anda telah bayar.