Troli anda kosong!
  • Malay
  • English
Selamat datang, daftar masuk atau daftar akaun.

Snowdrop

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 15, 2014 .

“Teruja sangat bila period dah tak senggugut macam dulu! Rasa selesa je setiap bulan sejak pakai Cloth Pad. Memang tak akan patah balik ke pad pakai buang!”

- Mira, Lumut

 

“Dulu keputihan memang banyak sangat kadang sampai berbau sebab jangkitan, dah bertahun-tahun memang bergantung pada pantyliner disposable hari-hari. Alhamdulillah baru bulan kedua pakai Cloth Liner terkejut bila tengok keputihan dah makin kurang, ada hari tak ada langsung. Syukur bila jumpa alternatif yang lebih sihat” - Shaniza, Gombak


“Saya memang jenis haid yang heavy sangat, kalau pakai pad biasa tu memang siap kena extend 2 pad maxi atau...

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 12, 2014 .

 

 

Pad kain Snowdrop ialah pad semua dalam satu yang direkabentuk supaya selesa dan mudah untuk digunakan.

 

-Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.

-Pad dan pelapink kain Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.

-Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih...

Ditulis oleh in Artikel on Oct 16, 2014 .

 

Adakah anda tahu?

 

Kilang-kilang hari ini mengeluarkan pelbagai jenis produk, tetapi mereka menggunakan begitu banyak jenis proses kimia untuk membersihkan, mencampur dan mengikat bahan mentah.

 

Apatah lagi, untuk menjimatkan kos dan kerana kekurangan bahan-bahan semulajadi seperti kapas dan bahan mentah dari pokok, mereka mula menggunakan kertas kitaran semula dan plastik dan melalui proses pelunturan untuk menghasilkan tuala wanita dan lampin pakai buang. Dari hasil pemantauan ke kilang-kilang yang menghasilkan produk pad dan lampin pakai buang, mereka mendapatkan sumber kertas dalam bentuk rum dari kilang-kilang...

Ditulis oleh in Artikel on Sep 24, 2014 .

Apakah Dioksin? Dan mengapa ia merbahaya? Bagaimana kita terdedah kepada Dioksin?

 

Dioksin adalah salah satu bahan kimia yang paling toksik yang diketahui oleh Sains. Dioksin dikenali sebagai satu ancaman kesihatan yang serius dan ia karsinogenik [1]. Dioksin juga sebahagian bahan kimia toksik yang telah digunakan untuk menghasilkan Ajen Oren. Agen Oren telah digunakan pada tahun 1960-an hingga 1970-an oleh Tentera AS untuk membunuh dan mencederakan rakyat Vietnam di kawasan pertanian dan hutan-hutan. Ramai rakyat Vietnam yang terbunuh dan dilahirkan cacat, ia kekal sehingga  bergenerasi walaupun sehingga kini [2]. Anda boleh...

Ditulis oleh in Video on Oct 12, 2014 .

Temuramah bersama Dr. Linda Birnbaum pada tahun 2004, menerangkan apa itu dioxin? bagaimana tahap toksik dioxin? dan adakah ia boleh menyebabkan kanser? Dr. Linda Birnbaum ialah Pengarah Environmental Protection Agency's Environmental Toxicology Division. Sekarang beliau ialah Pengarah National Institute of Environmental Health Sciences (NIEHS).

Ditulis oleh in Video on Oct 09, 2014 .

Video lain yang mendedahkan bahaya pad pakai buang dan tampon. Sila tonton.

Ditulis oleh in Artikel on Oct 06, 2014 .

Adakah anda tahu bahawa pad pakai buang yang biasa digunakan telah dicemari dengan toksik "Dioksin" yang boleh memasuki badan anda dan perlahan-lahan melalui peredaran darah, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkumpul dan 'membunuh' anda dalam diam. Kemudian apa yang akan berlaku? Anda sudah tahu jawapannya. Faraj anda menjadi gatal, ruam dan jika badan anda tidak cukup kuat, anda boleh mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kanser serviks yang boleh membawa kepada kematian, tisu pertumbuhan abnormal dalam faraj anda seperti endometriosis dan sista ovari, fibroid dan lain-lain masalah lebih teruk. Tambahan pula ia boleh menghalang...

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 01, 2014 .

Pad Kain(Cloth Pad) diperbuat daripada pelbagai fabrik yang direka khas untuk memegang dan menakung lembapan setanding pad pakai buang di pasaran. Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan jika digunakan untuk jangka masa yang lama, pastikan penjagaan yang betul. Pad Kain boleh bertahan selama berjam-jam sama seperti pad pakai buang, anda tidak perlu untuk menukar lebih kerap apabila menggunakan pad kain, kerana ia mengandungi lapisan penyerap yang berkesan dan lapisan kalis air yang mempunyai peredaran udara yang baik.

 

 
*Kesan-kesan positif seperti senggugut dan keputihan didapati...

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 11, 2014 .

Ambil sedikit masa untuk membaca FAQ. Dengan membaca, ia boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang apa yang sesuai untuk anda dan bagaimana pad kain berguna untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami secara langsung. Kami mengalu-alukan apa-apa soalan dan akan membantu dalam apa cara yang boleh.

 

Soalan pertama yang sering diterima, kenapa ramai yang mengalami kesan positif seperti tiada kegatalan, masalah keputihan berkurangan, senggugut berkurangan dan ada juga yang hilang apabila bertukar sepenuhnya pada pad kain?
Yang sebenarnya, kesan-kesan tersebut berlaku...

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 14, 2014 .

Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?

 

Memilih saiz yang betul adalah tentang memilih liputan dan aliran haid mengikut keselesaan masing-masing. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pantyliner dengan panjang yang sama. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ukuran pad kain Snowdrop sememangnya lebih panjang dari pad pakai buang biasa. Memilih serapan yang sesuai untuk aliran haid anda adalah lebih penting.

 

 

Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pantyliner sehingga...

Ditulis oleh in Form on Oct 26, 2014 .

Loading...