Troli anda kosong!
  • Malay
  • English
Selamat datang, daftar masuk atau daftar akaun.

Kenapa pilih Pad Kain Snowdrop?

Ditulis oleh in Maklumat Produk on Oct 12, 2014 . 0 Komen.

 

 

Pad kain Snowdrop ialah pad semua dalam satu yang direkabentuk supaya selesa dan mudah untuk digunakan.

 

-Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.

-Pad dan pelapink kain Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.

-Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh).

-Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.

-Kami hanya menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk. Kedua-dua mikrofiber anti-bakteria dan nilon bersalut PU adalah diperakui Oeko-Tex Standard.

-Mutu kerja yang berkualiti, setiap satu daripada pad kami adalah buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.

-Snowdrop menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan rekabentuk yang sesuai dengan jiwa dan perasaan setiap wanita.

-Fabrik bercorak yang digunakan diimport khas dari pereka kain kapas USA yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.

-Harga yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkurang, jika dibandingkan penggunaan jenis fabrik yang lebih kurang sama, harga dan ukuran saiz dengan pad kain lain di pasaran, jenama Snowdrop adalah antara yang termurah anda akan jumpa. Kami hanya menyedari tentang ini setelah beberapa orang pelanggan sendiri tampil dan memberitahu tentang perbandingan serta perbezaan ini. Sila buat perbandingan sendiri tentang tiga komponen yang disebut.

-Snowdrop menawarkan jaminan *untuk kecacatan atau kerosakan dari proses pengilangan selama 1 tahun. Kami menjanjikan kepuasan kepada anda. Sila rujuk syarat jaminan kami.

 

Produk Berkaitan:

Komen-komen

Tulis komen

Tulis balasan

* Nama:
* E-mel: (Not Published)
   Laman Web: (Site url with http://)
* Komen: