Troli anda kosong!
  • Malay
  • English
Selamat datang, daftar masuk atau daftar akaun.

Kenapa perlu katakan TIDAK pada Pad Pakai Buang?

Ditulis oleh in Artikel on Oct 16, 2014 . 1 Komen.

 

Adakah anda tahu?

 

Kilang-kilang hari ini mengeluarkan pelbagai jenis produk, tetapi mereka menggunakan begitu banyak jenis proses kimia untuk membersihkan, mencampur dan mengikat bahan mentah.

 

Apatah lagi, untuk menjimatkan kos dan kerana kekurangan bahan-bahan semulajadi seperti kapas dan bahan mentah dari pokok, mereka mula menggunakan kertas kitaran semula dan plastik dan melalui proses pelunturan untuk menghasilkan tuala wanita dan lampin pakai buang. Dari hasil pemantauan ke kilang-kilang yang menghasilkan produk pad dan lampin pakai buang, mereka mendapatkan sumber kertas dalam bentuk rum dari kilang-kilang yang menghasilkan kertas, dan kilang-kilang kertas ini pula menghasilkan kertas ini dari kertas-kertas buangan yang telah ditapis untuk dicampurkan dengan sedikit pulpa kayu yang asli(tidak lebih dari 10%). Oleh kerana pulpa kayu ini susah didapati, ianya perlu diimport dari negara Eropah dan kosnya yang sangat mahal menyebabkan kilang-kilang ini menggunakan alternatif kertas buangan untuk diproses semula.

 

Ya, mereka menggunakan kertas kitar semula yang dilunturkan dan tidak steril, ia hanya kelihatan putih dan membuat anda beranggapan ianya bersih tetapi sebenarnya tidak.

 

Biar saya tanya, adakah anda mengalami gejala di bawah?

 

- Gatal

- Ruam

- Kerengsaan

- Sengugut

- Keputihan yang tidak normal

- Jangkitan kuman di vagina

 

Menurut kaji selidik, sejak pad pakai buang telah dihasilkan secara besar-besaran, lebih daripada 70% wanita mengalami gejala-gejala di atas.

 

Semasa proses pelunturan, bahan kimia yang sangat toksik yang dipanggil 'dioksin' telah terhasil dan masih kekal di atas kertas lunturan yang telah digunakan untuk membuat tuala wanita dan lampin pakai buang, termasuklah kertas tisu. Hanya satu ujian yang mudah, cuba menggunakan kertas tisu sebagai pelapik seluar dalam selama beberapa jam, anda pasti akan mengalami kegatalan kerana ianya tidak steril atau bersih. Ia hanya kelihatan putih dan cantik membuatkan anda bertanggapan bahawa ianya bersih tetapi sebenarnya tidak.

 

Jika toksik dioksin mula menyentuh dan memasuki faraj anda hingga ke serviks dan seterusnya uterus anda di melalui darah dan lembapan(kuapan), ia akan terkumpul di dalam dan selepas beberapa tahun, ia akan merosakkan badan anda. Kenapa wanita begitu ramai hari ini yang mengalami penyakit wanita seperti sista ovari, kemandulan, fibroid, kanser? Inilah adalah salah satu puncanya. Ia terbukti melalui penyelidikan yang mendalam bahawa dioksin boleh menyebabkan kanser secara senyap dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk anda sebenarnya mempunyai sebarang penyakit.

 

Penggunaan pad pakai buang yang tercemar dengan dioksin boleh mengambil beberapa tahun sebelum gejala radang pelvik, kanser dan pelbagai penyakit lain muncul.

 

Alternatif yang paling selamat ialah untuk menggunakan kain, berbalik kepada nenek moyang kita yang hanya menggunakan kain semasa datang haid. Adakah anda dengar ramai wanita yang berpenyakit perempuan ketika itu? Nenek-nenek kita pun sentiasa tertanya-tanya, mengapa kebanyakan wanita hari ini mempunyai pelbagai jenis masalah perempuan seperti kemandulan, sista ovari, kanser dan banyak lagi kerana mereka jarang mendengar wanita yang tidak boleh atau susah hamil pada zaman mereka.

 

Fikirkan sendiri.



 

1 Komen (1 Balas)

Tulis komen

Tulis balasan

* Nama:
* E-mel: (Not Published)
   Laman Web: (Site url with http://)
* Komen: